Saturday, October 17, 2015

PROUD UNISEL-IAN

Assalamualaikum wbt.
Tudiaaa sis nak story sikit psl unisel ni haaa. Mesti adik2 akan dtg akan buat research google sana sini about unisel kann. Sbb sis pun dulu mcm gitu. And most of post yg ada dkt google semua nya yg lama2 punya kan so why not sis buat version 2015 supaya semua tau pasal unisel.

Okay....sis sebenarnya baru je masuk unisel ni. Intake oct 2015. Sis dapat kampus dkt Shah Alam sbb sis dpt sambung degree under faculty business. Dkt Bestari Jaya tu utk kos2 engineering and IT je. Jgn lah expect Shah Alam punya sebesar Bestari Jaya, memang lah tidak sbb Bestari Jaya tu main campus Unisel. So far so good. Nak cerita psl apa? Meh nak cerita psl orientasi, hostel dan lain2 yg ada dekat unisel ni.


ORIENTASI
Okay, kami mula daftar 10 oct 2015 which is hari sabtu. Pagi2 lagi dah tercongok depan dewan unisel nak amik nombor giliran daftar kan. Sis masuk sini dgn kawan2 sis. Dah plan punya pasal kan. Agak down bila pikir tak dpt upu and thats why la apply unisel. Okay bila dah daftar tu, semua kena jalan pi hostel dkt Wisma Mais, tak jauh dari unisel. Kurang dari 10 minit sampai lah kan kalau naik kereta ((kalau jalan kaki, berlecak jugak lah hahahh)) petang tu kami dah start orientasi. Semua student kena berkumpul dkt bawah hostel and naik bas unisel utk ke kampus. Jujur lah eh, mental tak kuat, mintak kuat kan sbb sis pun menitik gak airmata masa orientasi sbb penat tak cukup tidur semua bagai. Fasi semua baik2 cuma exco disiplin tu lah muka ketat, marah2 tp hari last dorang berubah secara drastik hahahaaaha. Orientasi kami 4 hari je sebab ada cuti awal muharam. Untung kan? Haha orientasi best, banyak aktiviti tapi penat lah sbb kena bangun awal, berkumpul pukul 4.30 and balik hostel dlm pukul 12 or 1 pagi cmtu. Hari last tu best, ada malam kebudayaan and malam tu jugak kami tak kisah balik lewat, dkt pukul 2 pagi hahaha settle psl orientasi!

HOSTEL
Sis tak expect banyak psl hostel sbb baca post2 senior sebelum ni kata yg hostel ni sempit lah apa lah. Yeah tak dinafikan. Satu rumah ada 3 bilik, 1 bilik 4 org, 1 bilik 3 org dan 1 bilik 2 org. Toilet semua okay. Cuma yg tak selesa nya, bilik tu sempit la. Syukur kena duduk satu sem je, sem depan nak pindah rumah dah yay!!!

FACILITIES
okay facilities banyak. Belakang hostel ada mcd, dkt bawah hostel ada atm bank islam & banyak kedai makan sekitar sini. Kalau rajin jalan sikit, boleh pegi kfc and ada food court dkt situ. Dkt dgn tasik shah alam & jugak wetworld ((agak2 kalau stress sangat, pi la mandi wetworld)). Utk ke kampus, boleh naik bas selangorku ((free je sbb kerajaan selangor kan kaya kahkah)) ada jugak bas rapid tp singgit la, bas seranas pun ada. Tp so far sis naik bas selangorku je lah sbb free kan hahaha and bas akan lalu selang 15 minit. Utk ke kampus, kena tunggu bas seberang jalan mcd tu and nnti ada tempat tunggu bas, tunggu je kat situ. Nnti bas hantar betul2 ke pagar unisel 😀😀

So far tu je lah pengalaman sis. Adik2 kakak2 abang2 jangan lah pandang unisel ni buruk atau low. Unisel ni antara universiti terbaik tau. Ramai dekan2 yg hebat2 dan berpelajaran tinggi & yuran pun tak mahal. Nak tau apa2 boleh email ; nurazlin44@gmail.com